LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, 15 March 2018

In My Definition of ... Oreo No-bake Cheesecake

Assalamualaikum.

Birthday girl buat kek birthday sendiri, uolsss! Kesian kan?

Hihihi. Takdelah. Papa lah ni. Entahlah apa kena dengan papa ni, dah macam orang mengandung pulak, macam-macam mengidamnya . 

Ni adalah kali kedua mama meng-cheesecake. Of course, no-bake menjadi pilihan hati si pemalas ini. Hihihihihi. Sonang kojo eh.


Disebabkan ini adalah first time buat guna oreo, pulak tu buat menonong meluru ikut dan takde nak refer mana-mana resipi, so banyaklah lesson learnednya di sini. Hmmmm...sebut pasal oreo ni kan, how could it be wrong with oreo? Nehiiiii.

Mohle menerai. InsyaAllah boleh lawan kedai kek favourite korang tu. 

NO-BAKE OREO CHEESECAKE

Bahan-bahan:
Base:
1 1/2 peket Oreo - diasingkan gula tengahnya & dihancurkan
1 peket nestum 3-in-1 perasa original
3 sudu besar mentega - dicairkan

Filling:
200g (1 tub) Cream cheese
200g (1 kotak kecil) Whipping cream - suhu sejuk
2 sudu besar Susu pekat manis
2 sudu besar Gula ising
1 sudu teh esen vanilla 

Hiasan:
1/2 peket oreo 

Cara-cara:
Base:
1- Satukan semua bahan dan tuangkan kedalam loyang. 
2- Tekankan adunan hingga menutupi keseluruhan permukaan loyang.
3- Sejukkan seketika.

Filling:
1- Pukul whipped cream hingga kental. 
2- Dalam bekas yang berlainan, pukul cream cheese dan semua bahan lain hingga kembang. 
3- Masukkan 1/3 adunan cheese ke atas lapisan base yang tadi. 
4- Susun oreo mengikut bentuk susunan yang digemari. 
5- Masukkan adunan cheese yang selebihnya dan ratakan. 
6- Sejukkan selama yang boleh (1-2 jam) sebelum dihidangkan. 

p/s:
Lesson learned daripada sesi meng-cheesecake ni adalah:
#1- Kena masukkan gelatin dalam adunan cheese, sebab bila kek dibiarkan lama di luar peti sejuk, cheese layer tu akan jadi cair. 
#2- Oreo tu mungkin kena pukul-pukul manja sikit, bagi dia hancur sikit baru ditaburkan kat tengah tu. 
#3- Kalau nak guna oreo seketul-seketul gitu kat tengah tu, kena celupkan kedalam susu sekejap supaya dia jadi lembut sikit. 
#4- Butter yang dicairkan tu kena tambah lagi sebab dengan 3 sudu tu base jadi too crumbly.  
#5- Mama guna gula oreo tu je, takde tambah gula lain pun dalam adunan cheese tu, and manis dia pun just nice je. 






Tuesday, 13 March 2018

Wiser

Assalamualikum.

Tanggal 1 Mac yang lepas, alhamdulillah, telah genap usia mama 32 tahun. Di usia ni, alhamduillah, mama dikurniakan rezeki yang pada mama, melimpah-ruah. Kenapa melimpah-ruah?

1-Mama dah ada established job

To some, to reach where i be now, there is a very long journey they have to take. i'm so lucky not to have went through that very long journey. Pangkat sekarang ini pun tidaklah sebesar mana, but it is still very significant, yang meletakkan mama satu tangga lebih tinggi dari yang sedia ada. Gitu. Macam ada bau-bau riak sikit kat situ. Hahaha. oh, hopefully very soon dapat naik lebih tinggi (bila tak tau depa nak umum ni, haiiiih ).

Dulu masa kecik-kecik, bila ditanya tentang cita-cita, masa tu nak jadi cikgu lah. Tak tau kenapa nak jadi cikgu. Bila makin membesar, nampak cikgu ni macam tak berapa gempak, so cita-cita pun bertukar, nak jadi doktor pulak. Bila dah belajar pandai sikit, cita-cita bertukar lagi, tak nak jadi doktor, sebab nanti belajar kena banyak membaca, mama is pemalas ya amat nak baca, so masa tu cita-cita nak jadi engineer pulak. To be specific, nak jadi chemical engineer. Sebab minat benor-benorlah dengan kimia, walaupun fizik nan hado. Tak sangka, memang mama betul-betul jadi cikgu. Tapi mama jadi cikgu mengajar orang-orang dewasa lah, dan di universiti lah. So far, alhamdulillah, seronok je kerja, tak stress mana pun. Kalau rasa marah, tak puas hati ke student pun, marah-marah dalam kelas aje sudah. Tak payah sampai nak bawak balik ke rumah.

2- Mama ada anak-anak bertuah mama.

Bukan sorang, bukan 2 orang, tapi 4 orang. Ramai benorlah rasanya anak mama ni. Sekarang ni, kalau nak kena outstation, berbelah-bahagi, nak pergi ke tidak, nak pergi ke tidak. Hari tu, mama pergi kursus audit 2 hari 1 malam, sebab ada kelas malam, terpaksa stay tempat kursus. Sepanjang kursus tu kepala memang ingat rumah je. Tak concerntrate langsung kat apa benda talk masa tu.


Walaupun mama ni menyinga sepanjang masa, tapi mama sayang anak-anak mama. Kalau mama tak sayang, buat apalah mama susah-payah mengandung and melahirkan diorang ni ha, ye dak? 

3-  Mama ada Papa. 

Papa adalah support system mama yang paling besar and kuat sekali. Dalam apa-apa situasi sekali pun, papa adalah orang pertama yang mama akan cari. Apa saja yang mama buat, restu papa adalah yang pertama sekali mama akan mintak.

 

Mama sentiasa bersangka baik dengan Allah. Allah takkan ambil Papa dari mama, sebab Allah dah ambik mak and abah. Mama ada 2,3 orang kawan yang memang dah ditakdirkan husbandnya meninggal awal,tinggalkan si kawan ni dengan anak-anak yang kecik lagi. Bila mama perhatikan, depa ni dua-dua mak ayahnya masih hidup dan kuat. Sekurang-kurangnya they have their parents.

Walaupun selalu bertekak, walau kadang-kadang rasa menyampah, papa takkan pernah tau betapa mama ni sangat menyanjung dia. Mama akan collapse kalau papa takde.

Dengan semua yang mama ada hari ni, rasa syukur dan terima kasih mama takkan pernah cukup kepada Allah. Sumpah, nikmat mana lagi yang hendak didustakan.

Semoga dengan bertambahnya usia mama ni, mama harap mama akan menjadi a better person, not only for me,myself and i, but also to every one that i truly love.





Saturday, 10 March 2018

In My Definition of ... Paprik Ayam

Assalamualaikum.

Bulan puasa dah tak lama lagi. Selaku mak-mak, mama dah mula nak gelabah-gelabah ayam memikir menu campak-campak yang senang tapi sedap. Mama memang kalau boleh semua nak yang mudah-mudah aje, yang kalau boleh kelip mata je dah siap. Hahaha. 

Uolss kena faham. Mama ni dahlah bekerja, beranak kecik pulak tu. Syukurlah anak mama tu penyabar orangnya, masih boleh dibawak berbincang. Kalau menurun perangai kurang sabar mama ni ke dia, mampos. Togok air kosong jelah hari-hari. Kesian. Hahaha. 

So, silakanlah mak-mak sekalian. resipi yang insyaAllah mudah dan insyaAllah terjamin kesedapannya. Sila lah menerai ye. Kena terai sekarang, supaya bulan puasa nanti korang dah terrer, gittew pesan mama. Hahaha. Paprik sotong pun ada ha. 

PAPRIK AYAM

Bahan-bahan:
2 dada ayam - potong strips
1 sudu besar cili kisar
1 ulas bawang putih - diketuk
1 biji bawang besar - potong bulat
1 biji cili merah - potong serong
2 helai daun limau purut - dicarikkan
Bunga kobis 
Baby corn
Kacang panjang
Carrot
Sedikit sos tiram
Sedikit sos tomato
Garam, gula secukup rasa

Cara-cara:
1- Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau.
2- Masukkan cili kisar dan masak hingga garing. 
3- Masukkan isi ayam dan daun limau purut. 
4- Masukkan sos tiram, sos cili, dan perasakan dengan garam dan gula. 
5- Masukkan semua sayur, cili dan bawang. Kacau rata
6- Siap dan sedia untuk dihidang

Wednesday, 7 March 2018

In My Definition of ... Chicken Teriyaki

Assalamualaikum.

Boring eh asyik makan ayam je? Balik-balik ayam masak kicap, sambal ayam, ayam goreng. Itu jelah diulang-ulang sampai mampos. Hahaha. Adehhh. Boring oiiii. 

Tetiba teringat nak buat ayam teriyaki ni ha. Saja nak try. Kalau kat Jepun, style gini dia panggil teriyaki. Kalau kat Korea, dia panggil bulgogi. Basic resipi sama, tapi ikut adat dan budaya masing-masing, so adalah tambah bahan sini sikit, sana sikit. Kan? Betul ke idak ni? Hahahaha. Anggap jela betul ye. Hehehe. 


Resipi macam biasa, mama tibai ikut suka hati mama je. Yang penting, senang kerja mama, cepat siap, cepat makan. 


CHICKEN TERIYAKI

Bahan-bahan:
2 keping dada ayam - dipotong 'strips'
1 ulas bawang putih - diparut halus*
1/2 inci halia - diparut halus*
1 sudu besar madu*
2 sudu besar kicap manis*
1 sudu teh minyak bijan*
Sedikit jus lemon*
Garam secukup rasa
Bijan untuk hiasan - sangai

Cara-cara:
1- Satukan semua bahan bertanda * .
2- Perap seketika dengan ayam.
3- Gilled ayam hingga masak. 
4- Panaskan kuah lebihan perapan ayam tadi hingga pekat.
5- Celupkan ayam yang dah masak ke dalam kuah (yang dah pekat).  
6- Taburkan bijan dan sedia untuk dihidang.

p/s:
#1- Cara paling win untuk habiskan part isi ayam yang paling orang tak suka makan. 
#2- Sambil-sambil meng-grill ayam tu, boleh di-glaze-kan sekali kuah perapan tu. 
#3- Lebihan kuah boleh simpan dan boleh jadikan spread untuk sandwich ala subway. 



Monday, 26 February 2018

In My Definition of... Crispy Chicken Salad

Assalamualaikum.

Mama beruntung sebenarnya sebab papa adalah seorang yang tak banyak komen tentang apa yang mama masak. Tentang semua pun papa tak banyak komen lah senang ceritanya. Yang paling banyak komen tu mama. Eh.

Kalau tiba-tiba datang angin mama nak try sesuatu dish yang mama tak pernah buat pun sebelum ni, yang kadang-kadang it turned out kat tekak mama, so-so je, takdelah sesedap mana pun, lain kali tak payah buat lagi (hahaha) pun mama tengok papa makan je, tanpa banyak cakap. Hehehe.

Tapi yang ini, don't worry, insyaAllah, sesedap rasa, rasanya. Hehehe. Tak ingat dah buat bila, macam dah very long-long time ago membuatnya. Hahaha.

CRISPY CHICKEN SALAD


Bahan-bahan:
1 keping chicken breast*
1 ulas bawang putih-ditumbuk halus*
1/2 inci halia-ditumbuk halus*
Sedikit serbuk lada putih*
Tepung goreng ayam secukupnya
1 pokok romaine lettuce - potong kasar
1/2 biji bell pepper (capcicum) - potong mancis
1/2 biji timun jepun - potong mancis
1 labu bawang besar - hiris kasar
Garam, gula secukup rasa

Salad dressing:
2 biji cili padi - ditumbuk
1 ulas bawang putih-ditumbuk
1 sudu besar sos cili
Sedikit jus limau/ lemon
Garam, gula secukup rasa

Cara-cara:
1- Semua bahan * diperap seketika. 
2- Salutkan ayam dengan tepung goreng ayam (ikut arahan dipaket tepung) dan goreng hingga garing.
3- Setelah ayam sejuk, potong mengikut size yang digemari. 
4- Untuk salad dressing, satukan semua bahan didalam mangkuk dan gaul rata. 
5- Dalam mangkuk yang berlainan, satukan semua sayur dan ayam yang telah dipotong tadi. 
6- Curahkan kuahnya dan gaul rata. 
7- Sedia untuk dihidang. 

p/s:
#1- Ayam panas-panas sejukkan le dulu. Kang lecur habis sayur kau orang. 
#2-Salad dressing tu, kalau malas sangat, tuang sos cili thai aje, setel masalah. 



Friday, 9 February 2018

In My Definition of ... Spicy Mussels Spaghetti

Assalamualaikum.

Amboi tajuk, omputih kau. Tapi nak eja pun reti tak reti. Hahaha. Time menaip tu kemainlah dok menanya orang sebelah.


Hah, tempting ke idak? Hehehe. 

Ceritanya, masa lalu area pasar Jasin tu hari, nampak ada orang jual. Papa la ni, dia ingat makcik tu jual kerang. Kalau kerang besar-besar, dia nak beli. Sekali bila dah turun tanya, rupanya kupang. Dah tu, belilah jugak sikit. Haiwan bercengkerang ni sebenarnya sangatlah jarang dibeli di rumah ni, kalau ada pun kerang jelah. Itu pun dah lamaaaa gila tak beli. 

Bila dah beli, peninglah pulak memikir nak masak apa. Adoiyai. Weekend are the days for experimenting di dapur kan, so lettts masak ni for breakfast. Sepanjang mama kahwin dengan papa ni, dah nak masuk 12 tahun dah, belum pernah lagi masak macam ni rupa. 

Eh, mama baru je google menu kat SR eh, walllawehhh sama okehhh. Hahaha. Presentation jek lari sikit. Kalau tak mesti korang konfius mana satu mama punya. Hahaha. 

Thai Seafood Spagheti 
Dah sama dengan SR ni, korang wajib try ni. Hahaha.


SPICY MUSSELS SPAGHETTI


Bahan-bahan:
Separuh bungkus spagheti - direbus 
10-11 ketul kupang - dibersihkan
1 biji bawang besar (M) - dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang
1 biji cili hidup - dicincang
2 helai daun limau purut - diracik halus
2 sudu besar paste tomyam
5-6 biji tomato ceri - dibelah dua
1 sudu besar sos tiram
Minyak untuk menumis
Garam, gula secukup rasa

Cara-cara:
1- Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dicincang hingga naik bau. 
2- Masukkan paste tomyam, daun limau purut dan tomato ceri. Kacau hingga paste garing. 
3- Masukkan sos tiram. Sesuaikan rasa gula (jika perlu) dan garam. 
4- Masukkan sedikit air rebusan pasta dan kupang. Tutupkan sebentar kuali hingga semua kupang terbuka. 
5- Masukkan spagheti dan gaul rata. 
6- Sedia untuk dihidang. 

p/s:
#1- Mama rasa mussels adalah sedap dimasak pedas-pedas cenggini. Rasa hanyir pun takde. Tu yang penting. 

Wednesday, 31 January 2018

In My Definition of ... Puding Roti Kuah Kastad

Assalamualaikum. 

Bila stok roti banyak kat rumah, tapi dah nak expired pulak, cara terpaling cepat nak menghabiskan adalah dengan jadikan dia puding roti. Hehehe. 

Roti yang mama guna ni adalah roti yang balance dari buat long john tu hari. Budak-budak macam tak reti makan roti tu, padahal roti kosong je pun, sama je macam roti keping yang diorang dok balun hari-hari tu. Tu yang banyak lagi tak habis.


Mama pun tak ingat when was the lastest time mama buat puding roti. Ni macam buang tebiat jugaklah tiba-tiba nak buat puding roti bagai, siap kuah kastad pulak tu lagi. 

Jom, salin resipi. 

PUDING ROTI KUAH KASTAD


Bahan-bahan:
5 biji long john bun - potong kiub
2 biji telur (bukan gred A) - dipukul manja*
1 tin susu cair*
1/2 cawan gula* 
2 sudu besar susu pekat*
1/4 cawan coklat cip*
Secubit garam*
Sedikit esen vanila*

Cara-cara:
1- Satukan semua bahan bertanda * ke dalam bekas. Kacau hingga semua bahan sebati. 
2- Asingkan 1/2 cawan adunan tadi. Ketepikan. 
3- Masukkan roti dan coklat cip ke dalam adunan yang selebihnya. Kacau rata hingga semua roti bersalut dengan adunan. 
4- Panaskan oven dan bakar selama 20-30 minit pada suhu 160C.

Sos kastad:
1/2 cawan adunan yang telah diasingkan
1 sudu besar tepung kastad

1-Satukan semua bahan dan gaul rata (hingga tepung tak berketul).
2- Panaskan dan kacau selalu hingga kuah sedikit pekat. 
3- Padamkan api.  


P/s:
#1- Boleh hidangkan masa puding tu still hot from the oven, or chilled. Ikut kesukaan tekak masing-masing. Curahkan sos kastad tu atas potongan puding.