LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 5 January 2016

Azam Paling Baru

Assalamualaikum.

Azam mama tahun ni adalah:

1- Bebas PTPTN. 
Iyelah uolss, mama ni idakle genius mana. Acah-acah genius je lebih. Hihihi. Itu pasal le dulu belajar, kena minjam dengan PTPTN. InsyaAllah, sikittttt je lagi duit nak cukup, mama nak bayar lump-sum terus. (Ketaq satu badan sebab nak kena keluarkan duit. I is kedek).

2- Buat research
Aduiyaiii. Research ni rasanya, dah dok carryforward dari 18 tahun lepas lagi. Hehehe. Dulu, masa interview, kemain bila orang tanya, 'where do you see yourself in another 5 yeras?', kemain kan eksyen cakap, "oh. i think i'm doing my phd, blablablaaaa....". Phuiii. 2016 ni nak masuk 6 tahun dah kerja. PhD? Apa tu? Hehehehe. (At least, 2015 mama ended with 2 FYP students and 1 IID project-walaupun menumpang. Start small kekdahnya.)Phuiii.

3-Lebih bersabar
Letihlah berlatih bersabar ni. Balik-balik mama jek yang kena sabar dengan orang. Habis, tak kira pulak orang punya sabar dengan kerenah mama ni? Hihihi. Iyelah-iyelah. Mintak hampun, mintak mahap. Sila beri tunjuk ajar.

4-Pulun saving
Bukan pulun bagi perabih, pulun bagi banyaklah. Ni kalau azam no 1 tercapai, lagilah kena pulun. Nak kampoi balik, bak kata arwah Abah.

5-Travel dengan anak-anak
Anak-anak pun dah tau erti hotel, uolss. (Nangis) Mungkin tahun ni boleh langkah jauh sikit? Naik kapal terbang ke? *winkwink* (Tabung sapa mama nak korek ni?)


Cukuplah yang ni dulu.
Harap-harap mama diberilah kekuatan untuk mencapaikan azam mama ni.


No comments:

Post a Comment