LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, 19 October 2019

In My Definition of ... My Special Spaghetti

Assalamualaikum.

Tak taulah hantu apa yang merasuk mama masa tu, tiba-tiba datang angin nak bereksperimen di dapur. Ni cerita lama dah ni. Entah bulan lepas ke 2 bulan lepas ke ni. Tiba-tiba tekak teringin nak makan western style, tak padan dengan muka jawa. Taste international sangat, uolsss. Hahahaha. 


Menu sihat katanya, padahal pemalas. Nak cover le tu. Hehehe. Iye korang, sumpah senang gila. Nak beli salmon tu lagi lama dari nak masak dia, tau tak. Mama ni kalau yang leceh-leceh, mana mau nya. 
  
SPAGHETTI WITH GRILLED SALMON 

Bahan-bahan:
1 genggam spaghetti - direbus dan diketepikan
1 keping salmon
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1/2 sudu kecil lada hitam - ditumbuk
Sedikit sos tiram
Sedikit paprika
Sedikit gula perang
1 ulas bawang besar - dipotong bulat
1 ulas bawang putih - dicincang
2-3 biji cherry tomato
2 biji button mushroom - dihiris nipis
Sedikit parsley - dicincang halus
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1- Marinate seketika salmon dengan bawang putih, lada hitam, sos tiram, paprika, gula perang dan garam. 
2- Panaskan minyak dan grilled salmon hingga masak dan garing.
3- Dalam pan yang sama, tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. 
4- Masukkan tomato dan cendawan. Masak hingga layu. 
5- Masukkan sedikit sos tiram dan gaul rata.
6- Masukkan spaghetti dan kacau rata




Friday, 18 October 2019

In My Definition of ... Nasi Goreng Sardin

Assalamualaikum.

Sardin ni antara favourite food mama, especially sambal sardin. Hari-hari makan pun takpe. Anak mama yang suka tu ha, Angah. Kalau buat sambal sardin ni, memang banyak dia makan nasi. Dia tu dah lah picker eater. Kalau dia makan banyak tu, memang mama suka sangatlah. 



Ni menu left-over sebenarnya. Nasi lebih, sardin lebih. Nak buang tu rasa sayang and macam membazirlah pulak. Tak baik membazir, ye kawan-kawan. Merajuk rezeki tu nanti, tau le korang. Hehehe. So, jadilah nasi goreng ni ha. 

NASI GORENG SARDIN

Bahan-bahan:
1 cawan nasi - gaul dengan sedikit garam
2 ulas bawang merah = ditumbuk
2 biji cili kering - direndam hingga kembang dan ditumbuk
Sardin - dihancurkan
Fishball -dihiris (optional)
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:
1- Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga garing. 
2- Masukkan fishball dan gaul rata. 
3- Masukkan nasi dan gaut hingga sekata. 
4- Siap dan sedia untuk dihidang. 



Thursday, 17 October 2019

In My Definition of ... Mee Rebus Haji Wahid

Assalamualaikum.

Amboiiiiiii. Lamanya mama hibernating ye? Hehehe. Minta maafle kome-kome sekalian. I had too much to tell you, yet too lazy even to move a finger. What to do. Aiyyo! Hihihi.

Setelah lama bermalas-malasan, akhirnya mama berjaya jugak untuk masuk dapur. Itu pun sebab rasa eager sangat nak try satu resipi baru yang dishare kat facebook. Mama punya eargerness untuk try something new ni selalunya memuncak bila ada orang nak datang rumah atau pun ada aktiviti makan-makan sesama adik-beradik. Biasalah, mama kan suka nak show-off gitu, so mestilah setiap kali tu nak hidang different and new kind of menu. Barulah orang tau kita pandai masak, kannnnn? Kahkahakah. 


Mama masak ni pun sebab Kakngah datang tidur kat rumah. Dia dengan husband dia nak bawak anak-naak jalan Melaka sebelum diorang start buzy bulan depan, katanya. Sebab diorang sampai malam, so mama just masak mee ni lah ha untuk dinner. Mama kan sejenis confident masih belasah jalan terus aje walaupun baru nak test resipi ni. Hahaha. Untungnya mama ni, dapat adik-adik ipar yang mama masak apa pun, diorang makan bertambah-tambah. Orang lain dah complain macam-macam, tapi diorang ok memanjang kalau tanya. Hahaha. 


Actually, mee rebus ni, especially Haji Wahid style, memanglah papa tersangat favourite. Orang JB taulah mee rebus Haji Wahid tu macam mana. Ada orang panggil mee rebus jawa. Along panggil mee kari. Apo-apo yolah. Resipi asal kredit to Dr. Chaku.

MEE REBUS HAJI WAHID

Bahan-bahan:

KUAH
500g keledek merah - direbus dan dilenyek/blend
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar serbuk kari daging
2 sudu besar udang kering - direndam seketika
1 sudu besar taucu
Sedikit daging - dicincang
Sedikit Gula merah 
Sedikit pes asam jawa
Sedikit kicap manis
Kulit kayu manis dan bunga lawang untuk menumis
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Air

Cara-cara:
1- Blend udang kering dan taucu hingga halus dan ketepikan. 
2- Panaskan minyak dan tumis bahan tumis (kulit kayu manis dan bunga lawang) hingga naik bau. 
2- Masukkan cili kisar dan serbuk kari. Kacau rata. Masak hingga pecah minyak.
3- Masukkan daging dan sedikit air. Kacau rata. 
4- Masukkan taucu dan udang kering. Kacau lagi. 
5- Masukkan keledek yang dilenyek/blend halus.
6- Perasakan dengan garam, gula merah, dan pes asam jawa.
7- Tambahkan sedikit air, jika terlalu pekat. 
8- Renjiskan sedikit kicap manis. 
9- Biarkan kuah mereneh hingga daging empuk dan kuah mencapai konsistensi yang dikuai. 
10- Padamkan api dan sedia untuk dihidang. 

COMPLEMENT
 1 bungkus mee kuning - dicelur
Segenggam taugeh - dicelur
1 biji lada besar hijau - dihiris kasar
1 ketul tauhu- digoreng dan dihiris
1 keping fishcake - digoreng dan dihiris
Telur - direbus
Daun bawang (optional)
Bawang goreng (optional)

Cara-cara:
1- Masukkan mee dan taugeh ke dalam mangkuk.
2- Curahkan kuah. 
3- Hias atas dengan telur rebus, tauhu goreng dan fishcake.
4- Taburkan cili potong, daun bawang dan bawang goreng. 

p/s:
#1- Cili kisar mama dah siap-siap blend dengan bawang. So, masa masak ni mama dah tak tambah lagi bawang. 
#2- Mama tak letak halia and lengkuas. 
#3- Taucu tu kalau letak 2 sudu besar lagi sedap kot? 
#4- Daging tu boleh je ganti dengan haiwan-haiwan lain. 
#5- Sebabkan mama nak cepat itu hari, air panas yang dah celur mee tu mama tuang je dalam bekas untuk celur taugeh. Biar kejap dalam 2-3 minit, dah angkat. Sebab taugeh memang nak kena celur kejap je kan?




Thursday, 29 August 2019

In My Definition of ... Grilled Salmon

Assalamualaikum

Selama mama berkecimpung dalam arena pendapuran ni, tak pernah sekali pun mama try masak ikan salmon. Tak pernah makan, so tak terasalah nak memasaknya tu. Bila dah asyik dok tengok rancangan memasak, dah macam terpengaruh pulak. Mana tak terpengaruhnya, dia punya masak tu, nampak mengiurkan betul. Menitik-nitik air liur punyalah terliur.Terpaksa masak. Hehehe.

 

Mama buat simple-simple je, sebab mama pun tak tau rasa dia macam mana, kan. Kang buat yang beria kang, aneh-aneh pulak rasanya kang, sapa nak makan. 

Nasib baik sedap. Tak sabar nak show off kat korang. Hahaha. 

GRILLED SALMON 

Bahan-bahan:
1 keping ikan salmon - dibersihkan
! biji bawang besar - dihiris
1 ulas bawang putih - pureed*
Sedikit serbuk paprika*
Sedikit serbuk lada putih*
Sedikit brown sugar*
Garam secukup rasa*
Sedikit minyak untuk mengoreng

Cara-cara:
1- Semua bahan bertanda * disatukan dan dilumurkan pada ikan.
2- Panaskan sedikit minyak dan goreng ikan hingga garing.
3- Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan. 
4- Goreng bawang besar hingga caramelised. 
5- To serve, letakkan bawang ke atas ikan.
6- Sedia untuk dimakan. 


p/s:
#1- Sedap ikan buat simple-simple gini. And of course, bukan semua ikanlah.
#2- Mama goreng atas pan, dengan minyak sikit je. Kalau deep fry, macam tak sesuai kot? Entahlah, boleh je kalau nak try. Mama, biasalah, banyak sangat tengok Masterchef , kan? Hehehe. 

Wednesday, 28 August 2019

In My Definition of ... Siakap Stim Asam Boi

Assalamualaikum.

Most of the time, masak special-special ni time berkumpul ramai-ramai, selalunya kat rumah MIL lah. Time yang mama masak ni, Pakcik Adi ada balik. TanyaMIL, apa menu yang dia plan untuk lunch hari tu, only then baru mama fikir lah apa nak masak to complement that menu.


Mama pun tak ingat dah MIL masak apa hari tu, tapi lauk MIL ni, boleh agak dah. Tak kari ayam, ayam sambal. Tak pun tomyam ayam. Balik-balik memang itu jelah lauk yang MIL akan masak everytime anak-anak dia nak balik. Sampaikan Angah tanya, lauk favaourite pakcik kari ayam ke? Hahaha. 

To be honest, ni first time sebenarnya mama masak ni. Tak pernah try, tak pernah rasa or makan di mana-mana, mama gamble habis masak ni. Nasiblah. Nasib baiklah sedap pulak perginya. Sampai MIL cakap, sedap tapi sikit pulak. Kalau masak dua ekor, lagi sedap makan. Ehhhh, ni kan sampingan je?

So, lets cekidaut apa yang sedap sangat tu. Hahaha.


SIAKAP STIM ASAM BOI

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap - dibersihkan dan ditoskan
1 inci halia - dihiris memanjang
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1/2 batang carrot - dipotong memanjang
1 batang bunga kantan - dihiris halus
2-3 biji asam boi
1 biji bawang besar - dihiris kasar
2-3 biji cili bangla - dihiris kasar
1 biji lemon - diambil jus
1 helai daun limau purut - dihiris halus
Sedikit sos tiram
Sedikit lada putih
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Daun ketumbar untuk hiasan

Cara-cara:
1- Lumur ikan dengan bawang putih yang telah ditumbuk dan garam. 
2- Masukkan ikan ke dalam loyang / pinggan yang akan digunakan untuk mengukus. 
3- Susun halia di dalam rongga perut ikan dan di atas ikan.
4- Stim lebih kurang 10 minit dengan menggunakan api besar.
5- Sementara itu, dalam periuk yang berlainan, panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga naik bau. 
6- Masukkan semua bahan hiris dan kacau sekejap. 
7- Masukkan jus lemon dan asam boi. 
8- Masukkan sos tiram dan lada putih. 
9- Perasakan dengan garam jika perlu. 
10- Padamkan api dan sedia untuk dihidang. 
11- Untuk menghidang, curahkan kuah ke atas ikan dan taburkan daun ketumbar. 

p/s:
#1- Asam boi tu dia dah manis and masin, jangan terus letak banyak walau suka macammana pun dengan asam boi tu. 3-4 are just nice. 
#2- Mama takde letak gula/garam tambahan lagi dah sebab dah just nice rasanya.


Tuesday, 27 August 2019

In My Definition of ... Udang Sweet Sour

Assalamualaikum.

Dah hari-hari biasa malas, bila hujung minggu terpaksalah merajinkan diri. Entah ye ke idak mama masak ni masa hujung minggu. Hehehe. Anggap jela iye, ye. 

Ideanya datang sebab mama dah semak tengok sos ni banyak sangat dalam peti ais tu. Dia jadi lagi semak bila budak kecik tu rajin nau dok mengemas peti ais and habis semua sos ni dia "kemas", as if dia tak berkenan dengan cara mama kemas. Herggggh!


Memang betul-betul kemas peti ais mama ni. Hahaha. Semua bahan ni adalah bahan yang dah hujung-hujung, means that pas masak ni, dah togel peti ais mama. Terpaksa pergi grocerry shopping petang karang. Hihihi. 


 UDANG SWEET SOUR 

Bahan-bahan:
300g udang - dibersihkan dan digaul garam dan kunyit
2 sudu besar cili blend
1 biji bawang besar - dipotong bulat
1 biji tomato - dipotong kasar
1/2 biji mangga muda - dipotong kiub
1 biji cili hidup - dipotong serong
1 batang daun bawang - potong panjang
2 tub sos masam manis McD 
Sedikit sos tiram
Garam, gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
1- Panaskan minyak dan goreng seketika udang. Angkat dan ketepikan.
2- Dengan menggunakan lebihan minyak udang tadi, tumis cili hingga naik bau dan garing. 
3- Masukkan tomato dan mangga. Kacau rata. 
4- Masukkan sos tiram dan sos masam manis. Kacau rata.
5- Masukkan udang, cili dan daun bawang. Kacau sekata.
6- Sesuaikan rasa dengan garam dan gula. 
7- Siap dan sedia untuk dihidang. 

p/s:
#1- Sos masam manis McD boleh ganti dengan plum sos. Kalau takde sangat, guna sos cili pun boleh. Apa ada hal, kita yang buat dia. Hihu.
#2- Macam biasa, boleh tukar ganti mana-mana bahan to suit your liking, or your pocket, or... whateverlah. 





Monday, 26 August 2019

Raya Awai

Assalamualaikum.

A day sebelum raya haji tu hari, ada buat makan-makan sikit, sebab adik-beradik semua balik nak raya, kan? Jadinya, mama pun mengoffer untuk jadi host lah. Bukan apa, nak masak tu senang sikit sebab semua gadjet yang nak guna ada di rumah. Mama malas nak usung bawak ke sana-sini. Menu yang Kakngah plan ni nak kena guna ovenlah, air fryerlah, leceh sangat kalau nak mengusung-usung ni.


Menu hari tu was:
Nasi arab
Kambing bakar
Ayam ala Kenny Roger's
Kari Dhal
Nasi Impit
Kuah kacang*
Rendang ayam*
Cheese Tartlets

Ok, so meh mama huraikan the dishes one by one, mana lah tau kot ada yang berkenan. Hehehe. 

Nasi Arab
Rupanya Kakngah beli brand yang sama macam yang Tok Tam bagi mama hari tu, yang mama masak masa raya hari tu tu. Disebabkan dia instant, lagi senang, just ikut arahan kat peket je. Since mama dah pernah masak tu hari kan, so mama dah tau dah apa yang nak kena adjust.

Sukatan air = Sukatan beras menggunakan cawan + 2 cawan extra

Contoh:

1kg beras = 10 cawan beras (lebih kurang, ikut size cawan yang kita guna)
So, sukatan air = 10 +2 cawan = 12 cawan air

Mama pernah masak ikut sukatan yang dia bagi, nasi macam benyek sikit, dia tak jadi peroi sangat. Yang kali ni sedang elok. 

Masak mama guna gadjet zaman la ni, NOXXA PC. Mama guna HP 3 mins, and steam 3 mins lagi.

Kembang-kempis hidung mama tengok nasi jadi elok macam experts yang masak. Hihu.

Kambing bakar
Mama marinate guna resipi ni. 

Ayam ala Kenny Roger's
Resipi baru, tak pernah try. Nanti mama share ye. 

Kari Dhal
Kakngah yang masak. 

Nasi Impit
Mama rebus guna Noxxa, HP 45 mins. Nasi masak elok (macam yang sepatutnya) dan yang lagi best, dia lembutttttttt je. Mama dah try few times, and memang beza dengan rebus guna cara biasa. 

Kuah kacang*
Rendang ayam*
Dua-dua lauk raya MIL yang masak. 

Cheese Tartlets
Presenting ...
*Drum roll*  

 

Mungkin tak segemuk yang sepatutnya, welll... sapa kesah? Yang penting, achivement kot ni. Kena gebang ni. Hahaha. 

Will gebang later, ok? Stay tuneddddddd.