LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Sunday 19 April 2020

In My Definition of ... Eggless Caramel Pudding

Assalamualaikum.

Entah bila last buat caramel pudding ni, mama pun dah tak boleh nak ingat. 

Semalam tanya papa, dessert apa yang dia rasa nak makan sangat-sangat? Pastu, papa kata caramel pudding. Dah memang papa punya favorite pun. Tapi takdelah mama jam-jam tu jugak terus gi bancuh apa semua. Tunggulah bila kerajinan tu datang. Agaknya, kan kalau rajin tu ada dijual kat kedai, mamalah pemborong no 1  rasanya. Hahaha. Dia punya pemalas tu, nauzubillah. 



Nak buat caramel pudding ni dia kena tenang-tenang. Ko tak boleh nak kelam-kabut tak tentu arah. Ada dua komponen yang menentukan kemenjadian pudding ko ni, iaitu the caramel and the pudding. If any of those go wrong, memang babai jelah. 

Mana-mana resipi pun ada risiko dia. Alangkan orang yang dah biasa pun, datang hari bengong dia,kelaut jugak perginya. Based on mama punya experience dalam arena memuding ni, antara yang boleh go worng adalah:

1- Caramel hangus. 
Masa nak buat caramel ni, tolong fokus. Sebab dia senang hangus. Dah hangus, nak cuci bekas tu ya Allah, baik beli baru ajelah bekas tu, lagi senang. 

Kalau ko jenis suka buat kerja menyambil-nyambil, rentikanle masa ko tengah buat caramel ni. Bila dia dah siap, ko pergilah sambung apa pun kerja yang ko nak buat. 

Kalau ko sejenis suka gelabah ayam, baik ko suruh orang lain lah tolong buatkan, kang tak pasal-pasal ko mencederakan diri sendiri pulak. Caramel ni kalau kena kat tangan, menangis pun tak guna. Sakit gila oi. Tak tau kenapa dia panas sangat. 

2- Pudding terlalu eggy/keras
Kalau pakai resipi yang guna telur, puding tu kena kukus dulu. Kalau kukus terlalu lama, puding tu akan jadi dah terover-cooked ( apoooo puding pun over-cooked) and dia akan rasa telur tu kuat sangat. Dah jadi macam kaya dah rasanya. 

Kalau pakai resipi yang guna agar-agar, dia boleh jadi firm sangat. Caramel pudding ni texture yang sepatutnya kalau ko goyang pinggan tu, dia punya menggedik tu, amboiiii. Hah macam tu. Barulah cair di mulut gittew. Tapi kalau dah goyang pun takde reaction, tu  maknanya terlebih agar-agar lah tu. 

Resipi hari ni mama ambil dari youtube, and alteration tu dah tentu. Worth to try sebab tak perlu nak kena ada pengukus and all. 

EGGLESS CARAMEL PUDDING

Bahan-bahan:

Caramel:
4 sudu besar gula
4 sudu besar air

Pudding:
10g serbuk agar-agar 
4 cawan air
4 sudu besar gula
2 sudu besar tepung kastad
3 sudu besar susu pekat
110ml susu kurma Farm Fresh
1 kotak kecil cooking cream
Sedikit esen vanilla


Cara-cara:
1- Masukkan gula dan air ke dalam pan dan panaskan atas api sederhana hingga semua gula larut dan caramelised. 
2- Padamkan api dan ketepikan. 
3- Dalam periuk yang berlainan, masukkan serbuk agar-agar, air dan gula. 
4- Kacau hingga agar-agar larut. 
4- Dalam bekas yang berlainan, bancuh tepung kastad dengan sedikit air, masukkan susu pekat. Kacau rata. 
5- Masukkan susu kurma, cooking cream dan esen vanilla ke dalam periuk. Kacau rata. 
6- Masukkan bancuhan tepung kastad. Biarkan mendidih seketika. 
7- Padamkan api. 
8- Tapiskan bancuhan  puding dan tuangkan ke dalam pan caramel. 
9- Biarkan puding sejuk dan set. 
10- Sedia untuk dihidang.

p/s:
Lesson learned dari sesi kali ni -
#1- Kena kurangkan sikit kuantiti agar-agar tu. Mungkin asingkan dalam 1 sudu teh. 
#2- Instead of cooking cream, boleh try guna whipping cream. 
#3- Boleh letak secubit garam untuk menaikkan rasa lemak tu. 




  

No comments:

Post a Comment