LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Monday 20 April 2020

In My Definition of ... Daging Masak Kicap Beriya

Assalamualaikum.

Mama selalu beli lean meat. Lean meat ni kalau tak kena gaya masak akan jadi dry macam mana tak tau, and jadi tak sedap nak makan. So, bila nak masak tu kena pick resipi dengan berhati-hati. Yelah nok, mana ada orang nak masak and makan benda tak sedap. Semua nak makan yang sedap-sedap.


Kali ni, mama nak buat daging masak kicap. Tapi sebab dia bukan masak kicap literal yang setakat tumis bawang and curah kicap je tu, so dia macam beriya sikitlah effort tu. Hence, the name. Please, don't worry, mama kalau masak beriya macam mana pun insyaAllah cepat je boleh makan sebab mama pun bukan penyabar sangat nak duduk dapur lama-lama.


DAGING MASAK KICAP 

Bahan-bahan:
300g daging dipotong nipis
1/4 bawang besar - ditumbuk
1 ulas bawang putih - ditumbuk
2 sudu besar cili kisar
1/4 bawang besar - dihiris kasar
Sedikit sos cili
Sedikit kicap
Sedikit serbuk kunyit
Garam, gula secukup rasa

Cara-cara:
1- Gaulkan daging dengan garan dan kunyit. Masak seketika (untuk keringkan air). Ketepikan. 
2- Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga garing dan wangi. 
3- Masukkan cili dan masak hingga cili garing dan pecah minyak. 
4- Masukkan garam, gula, sos cili dan kicap. Kacau rata. 
5- Masukkan bawang yang dihiris dan daging. 
6- Kalau nak sedikit berkuah, tambahkan sedikit air dan biarkan memdidih seketika. 
7- Padamkan api dan siap untuk dihidang. 

 p/s:
#1- Daging mama beli yang dah siap pek.




No comments:

Post a Comment