LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Sunday 19 April 2020

Achievement unlocked.

Assalamualaikum.

Kesian blog mama, lama terbiar. For the past few months (yang mama tak update tu) memang mama agak occupied dengan renovation rumah. Mula-mula rumah Pertam, pastu rumah Anjung Gapam pulak bersambung-sambung. Now, alhamdulillah dah pindah and baru nak bertenng-tenang, dah RMO pulek. 

Kalau tengok kat media social kemain masing-masing dok post, macam-macam dimasaknya. Tengok time posa, amboi kemain terliur lagi lah mama. Asyik makan-tidoq ja, tak larat aih hampa pun. Setakat seminggu dua makan tidoq bolehlah, ni dah sebulan dah oi. Daripada tak buat apa-apa tu kan, baiklah polish balik skill yang dah berhabuk tak guna tu, atau pun upgrade skill baru. 

Mama sebab dah memang skilled, so nothing much to upgrade pun. Hahaha. Matilah, statement mintak maki. Tak kiralah skilled macam mana pun, tapi kalau dah main dengan malas ni, Ya Allah, hang tolah bergolek-golek pun tak jadi weh. 

Nasib baiklah sepanjang RMO ni papa rajin. Boleh kata, setiap hari dialah yang siapkan breakfast. Mama just masak lunch je, itu pun adalah jugak 2-3 kali malas (tak habis-habis). Dah duduk rumah je ni, minum petang tu macam sejenis wajib pulak. Cuma tu lah, kalau dah minum petang, malam jarang dah dinner. Kira sekali harung dah lah tu. 

Apa yang papa masak? 

1- Mee goreng basah

Of course, cara dia lah. Walaupun mama tak berapa suka orang invade dapur mama, kerana terpaksa ku relakan, gittew. Dah kau malas, kau expect semua orang boleh berlapar macam kau? Hahaha. 

Nak kata sedap sangat pun tidak, nak kata tak sedap, lagi lah tak. Masih boleh improve lagi. Tapi tulah tu, kejap je barang dapur ni habis. Mana taknya, letak tak mau-mau banyak. Kicap pekat, orang letak sikit je, sebab nak bagi color je, ini dibantainya tak tau berapa banyak, sampai legam dah mee nya.

2- Pasta 

Selalunya, kalau nak makan pasta (bolognese/carbonara) kena tunggu mama masaklah baru merasa. Now, tidak lagi. Papa pun tak boleh masak okeh. Again, rasa-wise, nothing much to comlain la. Kalau nak compare dengan mama punya masak, memanglah mama punya lagi sedap, sebab ada personal touch di situ. 

3- Donut

Ohoi. Nak buat donut ni, semua orang boleh buat, tapi kemenjadian tu not 100% guaranteed la. Otai-otai je yang terrer nih. 

Tiba-tiba pagi ni dia bancuh donut pulak. Mama ni dah berasap dah kepala rasa, tapi ku tahan jebat. Kononnya si kecik tu mintak. Yang itu pun satu, dimintaknya donut tak kira masa. Mama ni tak berapa gemor kalau papa masuk dapur ni sebab dia tak reti nak beragak-agak bila guna bahan tu. Macamkan esok-esok dah tak nak guna lagi dah. Kalau boleh semua nak dihabiskan time-time tu jugak. 

Mama tanya, berapa banyak letak bahan itu, ini, and papa pun cakaplah. Mama dah 'macam tak jadi je ni' dalam hati. Gila underestimate. Hahaha. Dah sejam pun takde gaya macam nak naik pun, terpaksalah mama masuk campur. 

Dari pagi membancuh, ko tau pukul berapa dia jadi donut? Pukul 6.30 petang. Aje giler. Nasib baik hasilnya tak mengecewakan. 


Untuk seorang first timer, not badlah. Walaupun mahaguru terpaksa campur tangan. Ehem. * nak habaq kata, tangan mahaguru tu yang buat jadi. Kehkehkeh. 
  

Rupa tu tak elok sikit pun takpe, boleh polish. Donut cutter tak pernah wujud kat rumah ni,. Yelah, Mahaguru mana pakai acuan, dia guna tangan hikmat dia je. Hahaha


Habuan si bujang kenit

yang ni mama goreng kejap, lebih kurang dalam 1 minit macam tu sebab nak frozenkan. Goreng tu untuk kekalkan bentuk dia je. Kalau tak goreng nanti dia jadi lempeng pulak bila ko simpan. 

Papa kata, donut mama buat lagi lembut. Ate, Mahaguru katanya. 

Apa-apa pun, mama appreciatelah kesanggupan papa nak masuk dapur and masak bagi anak4 and bini makan. Tak bising pun walaupun mama tak prepare breakfast. Tapi mama harap, janganlah selau-selalu sangat ye.

Letih aku nak mengemas oiiiii. 

No comments:

Post a Comment