LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, 24 February 2022

In My Definition of ... Vegetarian Japchae

 Assalamualaikum.

Nampaknya mama telah berjaya memBTSicationkan diri sendiri, Hahaha. Bila dok tengok Run BTS la apa lah kan, nampak macam sedapnya depa makan ni macam mana nak masak taktau. Tengok ada satu episod tu nampak macam senang je Jin masak. Namjoon yang paling noob hal masak memasak ni pun boleh masak japchae ni, sure senang punya kan. Nak masaknya tu senang je, cuma nak dapatkan bahan dia yang macam suun ni je susah sikit. Tapi sekarang senang, shopee kan aje. 


Yang mama masak ni, cuma ada sayur-sayur je. (Hence the name lah, kan). Tapi sebenarnya boleh letak je apa-apa haiwan kegemaran korang. Kalau tengok kat kedai, antara option yang diorang offer samada beef, chicken atau pun udang. Samada memang orang Korea memang suka makan yang version itu-itu aje ke macam mana, wallahuallam. Mama belum study sampai ke situ lagi. :P


VEGETARIAN JAPCHAE

Bahan-bahan:

Secekak sweet potato starch noodles - rendam sekejap dalam air

1 pokok daun bawang - potong kasar

1 batang carrot ( size S) - potong mancis

Segenggam button mushroom - potong nipis

2 ulas bawang putih - cincang halus

1 labu bawang besar - potong nipis

Sedikit kicap cair

Sedikit sos tiram

Sedikit minyak bijan

Garam secukup rasa

Minyak untuk menumis. 

 

Cara-cara:

1- Rebus sweet potato noodles hingga lembut dan toskan.

2- Sementara tu, panaskan minyak dan tumis bawang putih. 

3- Setelah naik bau, masukkan bawang besar. Kacau hingga bawang layu dan naik bau. 

4- Masukkan carrot dan masak hingga carrot lembut. 

5- Masukkan cendawan dan kacau. 

6- Masukkan sos tiram, kicap cair dan sedikit garam. Kacau rata. 

6. Masukkan sweet potato noodles dan gaul rata. 

7- Tambahkan garam jika perlu. 

8- masukkan daun bawang dan gaul rata. 

9- Maasukkan minyak bijan dan gaul rata. 

10- Sedia untuk dihidang. 


p/s:

#1- Mama tak taulah rasa authetic japchae made in Korea macam mana. Tapi setakat yang mama pernah rasa kat Malaysia ni, mama boleh cakap, very close lah. Hahaha. 

#2- Rasa macam sesuai untuk orang yang nak diet. Boleh tahan kenyang jugak makan ni aje pun.  


Thursday, 29 April 2021

In My Definition of ... Daging Blackpepper

 Assalamualaikum. 

Daging ni tak tau lah kenapa, macam terpaling gemor pulak. Kerap pulak naik dalam family ni. 



Daging ni mama masak few days ago. Masa masak ni mama risau jugak, sempat ke tak sempat nak siap masak before masuk waktu berbuka ni, sebab mama start masak pun dah pukul 6. Berbuka pukul 7.16 kot. Punyalah ketaq kepala masak, takut tak dan. 

Nasib baiklah sempat masak semua sebelum masuk waktu. Siap sempatlah mama layan kdrama sat. Hahaha. 

Tapi tu lah budak-budak ni, masak kelam-kabut macam ni berebut-berebut pulak diorang makan. Kalau mama masak bersenang-lenang, beriya-iya kadang-kadang siap tak habis  lagi. Mama pun satu, masak kelam-kabut ni punyalah sedap lauk dia. Hahaha. Pelik betul. 


DAGING BLACKPEPPER

Bahan-bahan:
200-300g daging - dipotong nipis dan memanjang dan dibersihkan
1 batang carrot - dipotong memanjang
1 cawan brocolli
1 biji bawang Hollad - dihiris kasar
3-4 biji cili akar - ditumbuk kasar
2 biji bawang merah *
1 biji bawang putih*
1/2 inci halia*
1 sudu besar serbuk lada hitam kasar
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil sos tiram
Sedikit kicap manis
Garam, gula secukup rasa

Cara-cara:
1- Gaul daging dgn sebahagian bahan tumbuk dan sedikit garam. 
2- Panaskan minyak dan goreng daging hingga garing. Ketepikan. 
3- tumis bahan tumbuk dan cili hingga garing. 
4- Masukkan daging dan gaul rata. 
5- Masukkan semua bahan dan gaul rata. 
6- Masukkan sedikit air dan biarkan mereneh seketika. 
7- Sesuaikan rasa. 
8- Padamkan api dan siap untuk dihidang. 

p/s:
#1- Mama masukkan air sikit untuk lembutkan sayur. Pastu masak hingga air tu kering balik. 
#2- Masa goreng tu, mama biar bergoreng sampai air daging tu kering dan keluar minyak. 
#3- Macam ni baru daging jadi cantik dan berkilat. 
#4- Mama tak tau guna daging jenis apa, tapi tak perlu masak lama-lama pun. 


 

Wednesday, 28 April 2021

In My Definition of ... Kerabu Perut dan Taugeh

 Assalamualaikum.

Kerabu ni mama buat masa belum  puasa tu hari. Entah apa kena, tiba-tiba papa cakap dia teringin nak makan kerabu perut. Alahhhhhh. Sapsapsoi je tu. 



Mama tak ingat bila last mama masak perut, entah pernah masak ke tidak pun tak memang ingat. Hehehe. Perut ni mama beli yang frozen je, senang. Dah siap bersih dah. Kalau tak, jenuh jugak nak membersihkan tu. Pastu, masa beli tu, mama beli yang paling sikit la, sebab pada mata mama, yang mama beli tu banyak dah. Lepas dah rebus, tinggal lagi ciput. Hahaha. Tapi cukuplah untuk sekali makan. 


KERABU PERUT DAN TAUGEH

Bahan-bahan:

200-300g perut - direbus dan dihiris

1 cawan taugeh - dibersihkan dan dicelur seketika. 

2-3 batang kacang botor - dihiris nipis

1 biji tomato - dihiris kasar

1 biji bawang besar - dihiris

2 biji cili hidup*

3 biji cili benggala*

Sedikit belacan*

Sedikit kerisik

Limau nipis secukupnya

Garam, gula secukup rasa


Cara-cara:

1- Bahan bertanda * ditumbuk halus. 

2- Masukkan kerisik dan gaul rata.

3- Sesuaikan rasa dengan garam, gula dan limau nipis. 

4- Masukkan semua bahan dan gaul rata. 


p/s:

#1- Kerabu yang sedap adalah kerabu yang balance masam, manis, masin, pedas dan pelbagai lagi rasa yang sepatutnyalah. 



Thursday, 22 April 2021

In My Definition of ... Bihun Sup Utara

 Assalamualaikum. 

Kalau kat Kedah nun (atau mana-mana negeri belah utara), sepanjang jalan memang akan jumpa banyak gerai-gerai jual kalau tak laksa, bihun sup. Sangat-sangat banyak. Dah nak cari goreng pisang pulak kemain susah. Hahaha. 



Orang yang selalu travel atau pernah stay kat utara, dia tengok color bihun tu pun dia boleh tau dah. Hihi. Orang tak pernah, dia akan kepelikan sikitlah, dah kenapa bihunnya color macam tu kan. Memang gitulah. Bihun sup utara ni simple je, bihun makan dengan sup daging. Sup pun, alahai ...  

Mama prefer sup tulang over sup daging sebenarnya, so bihun sup mama ni jadi tak authentic utara sangatlah. Alahhhh. Ikut ampa lah senang ceritanya nak makan dengan sup apa pun. Hahaha. 

Oh, lupa! Bihun ni selalunya served with sambal merah. Mama tak tau sangat komposisi that sambal sebab selalunya mama omit je sambal tu. Kalau suka nak pedas-pedas sikit, letak sambal cili kicap Johor tu pun sodapppp.

Nak masak sup tulang pulak, aduhhhh. Dia tak susah, tapi lambertttt. Nasib baik mama ada bibik kesayangan. 40 minit dah siap uolsss. 


BIHUN SUP UTARA

Bahan-bahan:
1 peket bihun - direndam dengan sedikit kunyit
1 kg tulang lembu - dibersihkan
1 labu bawang merah*
2 ulas bawang putih *
1 inci halia*
4 sekawan
1 ketul sup bunjut
1 keping bay leave - optional
1 sudu besar rempah kurma
Sedikit rempah sup
Garam secukup rasa

Untuk hiasan:
Daun bawang, daun sup
Bawang goreng
Fishcake - digoreng sekejap dan dihiris nipis

Cara-cara:
1- Bihun dicelur dengan air rendaman kunyit tadi hingga bihun lembut. Tos dan ketepikan. 
2- Masukkan tulang ke dalam periuk dan masukkan air hingga tenggelam semua tulang. Lebihkan lagi air jika nak lebih berkuah. 
3- Bahan * ditumbuk halus. Separuh dimasukkan terus bersama tulang. 
4- Tumis bahan tumbuk yang separuh lagi dengan 4 sekawan dan bay leave hingga naik bau.
5- Curahkan semua bahan tumis ke dalam periuk. 
6- Masukkan sup bunjut, rempah kurma dan sedikit garam ke dalam periuk. 
7-  Rebus tulang menggunakan high pressure selama 40-45 minutes. 
8- Dah siap, ceduk dan buang minyak/lemak yang banyak dalam sup tu sebelum mula menghidang. 
9- Sedia untuk dihidang. 



p/s:
#1-Tersangatlah sesuai bila tiba-tiba tekak craving nak makan benda simple-simple. 
#2- Boleh ganti sup tulang/ daging dengan sup ayam. Kalau nak ganti dengan sup tenggiling ke, ikut suka korang lah. Yihhhh!Hahaha. 

 

Wednesday, 21 April 2021

In My definition of ... Kuih Bakar Durian

 Assalamualaikum. 




Al-kisah terjadi sebab adunan lapisan atas kuih Seri Muka Durian tu terlebih. Kalau guna loyang yang tinggi sikit mungkin ngam je adunan tu, tapi sebab mama guna yang shallow, melimpah-limpah pulak kang kalau pulun tuang semua jugak. So, adunan tu mama tuang dalam muffin tin and bakar. Orang creative macam ni lah. (Hah, angkat lagi, tinggi lagi.) Hahahaha. 

Tapi kan, mama lagi suka yang kuih bakar ni tau, sebab dia takde pulut. Hahaha. Taktaulah sebab dia takde pulut tu ke, sebab bakar ke, tapi rasa durian dia menag pekat melekat. Memang sedaplah cerita dia. Ini pun korang boleh try jugak. 


KUIH BAKAR DURIAN

Bahan-bahan:
2 cawan isi durian
1 cawan gula 
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tepung kastad
1 sudu besar tepung beras
1 kotak santan (200 ml)
1 kotak air (200 ml)
1 sudu teh pewarna kinung
1 biji telur
Secubit garam
Bijan untuk hiasan

Cara-cara:
1- Panaskan oven selama lebih kurang 3 minutes. 
2- Blend semua bahan (kecuali bijan). 
3- Sapukan butter pada loyang muffin. 
4- Tuang adunan ke dalam loyang dan tabur sedikit bijan.
5- Bakar pada suhu 180C hingga golden brown and masak.  


p/s:

#1- Makan panas-panas pun sedap. 


Tuesday, 20 April 2021

In My Definition of ... Seri Muka Durian

 Assalamualaikum. 

Durian frozen dalam peti nun boleh tahan banyak jugaklah. Papa suka nau beli durian, pastu makan tak habis. Nak buat tempoyak, stok tempoyak pun banyak. (Sapa nak meh datang amik kat umah). Kayangan betholllll dah kalau musang king pun ko tempoyakkan, kan. Hahaha. 

Sedang elok pulak si dak Shafiq sengeh ni up resipi Seri Muka Durian dia. Moh kita cuba, kurang-kurang clear jugak peti sejuk kita tu ye dak. 


Macam biasa, mama menderhaka pada resipi and memandai ubah sana sini sinun. Hahaha. Yang penting, tetappp sedap. Gituuu. 


SERI MUKA DURIAN 

Bahan-bahan:

Lapisan bawah:
2 cawan pulut
200ml santan pekat
200ml air
2 sudu besar butter 
1 sudu teh gula
Secubit garam

Lapisan atas:
2 cawan isi durian
1 cawan gula 
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tepung kastad
1 sudu besar tepung beras
1 kotak santan (200 ml)
1 kotak air (200 ml)
1 sudu teh pewarna kinung
1 biji telur
Secubit garam

Cara-cara:

Lapisan bawah: 
1- Satukan semua bahan ke dalam periuk dan panaskan hingga pulut sedikit kembang. Matikan api dan alihkan ke tepi. Biarkan seketika. 
2- Panaskan kukusan. 
3- Oleskan loyang dengan minyak atau butter. Lapik dengan baking paper. 
4- Tuangkan pulut dan ratakan ke seluruh dulang. Cover permukaan dulang dengan aluminium foil.  
5- Masukkan ke dalam kukusan dan kukus selama 25-30 minutes. 
6- Setelah cukup masa, angkat dan ketepikan.  

Lapisan atas:
1- Blend semua bahan hingga jadi smooth and silky. 
2- Sementara itu, tekan-tekan pulut tadi untuk padatkan dia. Scratch permukaan atasnya dengan garfu. 
3- Tuang adunan yang diblend tadi dan ratakan ke seluruh bekas. 
4- Cover permukaan dulang dengan aluminium foil dan kukus selama 25-30 minutes.
5- Setelah cukup masa, check samada lapisan atas dah masak atau belum. Kalau belum, kukus lagi 5-10 minutes. 
6- Dah masak, sejukkan sebelum dipotong. 

#Lesson learned: 
Untuk loyang tu, guna yang deep sikit. Macam mama ni guna yang shallow je, dah permukaan atas dia melekat dengan aluminium foil yang kita cover tu. Mama dah repeat ni dua kali tau, masalahnya kedua-dua kali tu mama guna loyang yang sama. So, dua-dua kali tu lah dia bersopak macam tu. Hahaha. Apa punya turrrrr la. Kalau tak sopak tu, dia berkilat cantik helok nok. 


p/s:
#1- Untuk gula mama guna 1/2 cawan castor sugar + 1/4 palm sugar + 1/4 brown sugar.
#2- Baking paper tu mudahkan kerja kita nak keluarkan kuih tu nanti dari loyang. 
#3- Selain dari permukaan dia yang sopak kena aluminium foil tu (bukan salah resipi), yang lain-lain semua mama sangatlah berpuas hati dengan resipi ni. Hehehe. 








Monday, 5 April 2021

Kerabu Collection

Assalamualaikum.

Hari ni terlebih rajin pulak mama nak share dengan korang compilation of my resipi sayur tak payah masak. Ada jugak lah yang kena masak, tapi masak sikittttt jek. Come on lah, korang janganlah malas-malas macam mama eh, cer rajin sikit. Hehehehe. 


Bulan puasa nanti, kalau dah tak tau nak masak apa, korang try ler resipi mama ni, insyaAllah, takkan mengkuciwakan korang. 

 1- Kerabu Kerang Ala Thai 








Monday, 29 March 2021

In My Definition of ... Egg Tofu Brocoli

 Assalamualaikum. 


Rasa macam tak banyak mama share sayur-sayur eh? Nampak sangat kurang masak sayur. Hehehe. Sayur hari ni senang yo masak eh, kalau mama yang masak mana maunya yang susah-susah. Jangan risau le. 


Hari ni kita masak brokoli ye anak-anak. Anak mama yang paling kecik suka nau makan brokoli. Agaknya kat sekolah pun itu yang cikgu selalu hidangkan ke dia agaknya. 

Dish ni simple, bahan mudah, masak mudah tapi hasil confirm sampai jilat pinggan punya. Iye, betul. Korang ingat mama suka sangat membongak ke? (Memang pun. Hahaha). 

Meh le menerai. Kalau jadi, tagla mama sikit. Kalau tak jadi, korang buat diam sudehhhh. Hihihi. 

EGG TOFU BROCOLLI
Bahan-bahan:
3 tiub egg tofu 
1 jambak brokoli
1 biji bawang besar - dihiris biasa
2 ulas bawang putih - dicincang 
1 sudu sos tiram
Sedikit lada sulah
Sedikit air (jika perlu)
Garam secukup rasa 

Cara-cara:
1- Tofu dipotong bulat dan digoreng. Ketepikan seketika. 
2- Timus bwang merah dan bawang putih hingga naik bau. 
3- Masukkan brocolli dan sedikit air. Kacau rata. 
4- Masukkan sos tiram, lada sulah dan garam. Kacau rata. 
5- Masukkan egg tofu yang telah digoreng tadi. Kacau lagi. 
6- Tambah lagi sedikit air dan adjust rasa (jika perlu) 
7- Padam api dan siap untuk dihidang. 


p/s:
#1- Mama punya ni mama pergi frozenkan, tu pasal dia jadi macam flakey macam tu. Kalau tak, dia smooth and silky cantik je. 




Friday, 26 March 2021

In My Definition of ... Laksa Kedah

 Assalamualaikum. 


Eh korang tau tak banyaknyalah jenis laksa ni. Boleh kata, every state ada depa punya own laksa. And masing-masing ada ciri unique pada laksa depa, walaupun kuah depa semua ada rasa yang hampir sama, iaitu rasa ikan. Mama ingatkan bila orang dok sebut-sebut laksa penang or laksa utara tu, ingatkan sama lah dengan apa yang mama selalu makan dari kecik, rupa-rupanya ...

And utara tu, which state yang depa try to refer sebenarnya? Sebab utara ni ada 4 states kot. Perlis, Kedah, Penang and Perak. So which one is which? 

Nak lagi paham, boleh usha kat sini. Mama pun lepas tengok ni baru tau. Boleh imagine tak betapa innocent dan noob nya mama dalam arena laksa ni. Hahaha. Tapi logikla, mama bukan hantu laksa pun. 

Disebabkan mama not really into laksa, so sepanjang nak masuk 15 tahun dah kahwin ni, sekali pun mama tak pernah try masak laksa. Bukan tak reti, reti je. Kalau tak tau sangat pun, apa masalahnya, Uncle G kan ada. Entah macam mana, satu hari tu teringinlah pulak. Bukan teringin nak makan laksa, tapi teringin nak masak laksa, pasal nampak ikan selayang gemuk-gemuk. Balik tu, keletang-keletung ... pooof ... jadilah my first ever laksa kedah.




Bila dah buat tu, teruslah kita pun bagi sana, bagi sini, bagilah semua orang pakat rasa laksa kita kannn. Hidden agenda dia sebenarnya nak habaq kata laksa pun kita pandai masak aihhh. Hahaha. Lepas tu, masak laksa ni dah jadi macam acara mingguan, setiap minggu masak, sampailah mama dah malas. Hahaha. 

 

Setakat ni, most adik-beradik MIL semua pakat rasa dah laksa mama. As expected, semua puji cakap sedap. Eh, mestilah. Kalau tak sedap, mama makan je sorang-sorang kat rumah. Hahahaha. Kalau tak, takdelah ada yang bagi statement "Semua Noni masak sedap". Adehhhh... lambung tak jatuhlah orang kata. Hahaha. 

LAKSA KEDAH MAMA STYLE


Bahan-bahan:
1 bungkus laksa segera Cap Kunci - dicelur dan diketepikan. 
1kg ikan selayang - dibersihkan 
10 biji cili kering - direndam air panas*
5 biji cili bangla - optional*
3 biji bawang besar (size M)*
3 ulas bawang putih*
1 inci belacan *
2 kuntum bunga kantan
Beberapa keping asam keping
Daun kesom sebanyaknya
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1- Rebus ikan dengan beberapa keping asam keping dan garam selama 10-15 minit.
2- Padamkan api dan asingkan isi dan tulang ikan. 
3- Tapis air rebusan ikan dan masukkan ke dalam periuk yang lebih besar untuk masak kuah.
4- Blend semua bahan bertanda * dan masukkan ke dalam periuk. Masak atas api sederhana. 
4- Blend semua isi ikan dan masukkan ke dalam periuk.  
5- Blend semua tulang ikan dan tapiskan ke dalam periuk. (Ulang 2-3 kali)
6- Masukkan daun kesum, asam keping, bunga kantan dan sedikit garam. Masak hingga kuah mendidih. 
7- Sebelum padamkan api, sesuaikan rasa masam dan masin kuah. Tambah garam / asam keping ikut kesesuaian. 
8- Jika semua dah ok, padamkan api dan sedia untuk dihidang. 

Hiasan:
Telur rebus
Hirisan cili api
Hirisan timun
Hirisan bawang besar
Hirisan daun selom

p/s:
#1- Nak siapkan kuah ni lama sebenarnya kat nak prep bahan tu, especially nak blend ikan tu. Masaknya, sekejap je. 
#2- Terpaling sedap bila kuah dibiarkan overnight. Kalau terus makan tu, sedap jugak, tapi lagi padepowww kalau makan petang-petang sikit atau esoknya. (Kalau nak makan pagi, masaklah malam sebelumnya kuah tu)
#3- Mama suka kuah yang rich dengan aroma daun kesom and bunga kantan, so masa blend cili tu, mama blend sekali batang daun keson and batang bunga kantan tu sikit. 
#4- Kalau korang jenis suka kuah tu ada isi ikan chunky-chunky sikit, maybe boleh asingkan sikit isi ikan masa nak blend tu, korang mash guna garfu je. Mama kan OCD, so semua mama blend halus. Masa first time tu siap tapis lagi. Boleh bayangkan tak betapa smooth-and-silky nya kuah tu. Bila biar, kuah jadi pekat gila. Ramai komen bab ni. (Maybe depa jenis suka kuah pekat kot no) 




 

In My Definition of ... Siakap Stim Limau

Assalamualaikum. 

Ini bila kala masak pun tak ingat dah, tapi ni mesti time MIL datang rumah. Mama selalu masak beriya siap garnished bagai ni bila MIL datang je. Hahahaha. Dasar suka nak berkompang dia pandai masak. Hahahaha. 



Dulu-dulu, siakap ni orang have-have je boleh makan. Orang standard macam kita ni, bila beli ikan siakap tu dia kenduri sekampung. Tapi padanla, dulu kalau beli tengoklah size dia berapa besar. Sekarang ni, hari-hari makan siakap sampai rupa pun dah takde beza denga siakap tu. 

Siakap stim ni senang kerja gaissss. Kalau nak buat masak lain-lain nak kena goreng dulu la, tumis dulu lah. Ah, taknak-taknak. Kerja leceh. 

Moh kita masak?

SIAKAP STIM PALING SIMPLE DIDONIAAA


Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap - ddibersihkan
1 biji bawang besar - dihiris biasa*
2 ulas bawang putih - dicincang halus*
1 inci halia - dipotong panjang*
1 sudu makan lime powder 
Sedikit sos tiram
Sedikit lada putih
Sedikit fish sauce
Daun ketumbar secukupnya
Garam,gula secukup rasa

Cara-cara:
1- Perapkan seketika ikan dengan sedikit garam, sos tiram dan lada putih. 
2- Susun ikan dalam beklas yang sesuai. 
3- Taburkan bahan-bahan yang bertanda * dan akar ketumbar
4- Kukus ikan selama 15 minit atau hingga ikan masak. 
5- Bancuh lime powder, fish sauce dan sedikit gula dengan sedikit ( 2 sudu besar air) dan tuangkan ke atas ikan. 
6- Padamkan api dan tabur daun ketumbar yang dihiris kasar. 



 

Tuesday, 23 March 2021

In My Definition of ... Siakap Kengsom

Assalamualaikum.

Mama tengah puasa ni sebenarnya, tapi kan bila mengingatkan betapa sedapnya kengsom ni, dengan masam manis masin dia semua cukup, ya Allah, tak sedar dah meleleh air liur ni ha. Hahaha. Teruk betholll perangai. Macam budak baru belajar puasa. 

                                                             

Berangan nak masak ni dah lama, beli nanas sampai dah berkali-kali, beli busuk, beli lagi busuk lagi. Busuk tu bukan sebab orang tu jual nanas tak bagus, tapi sebab mama kan "rajin". Masa membeli tu memang le kemain beriya, lepas tu dah balik, terperuklah nanas tu sampai busuk jadinya.  


Resipi macam biasa, mama took a quick glance kat Daridapur, pastu kita sesuaikanlah dengan tekak kita. Walaupun muka desa, tekak kita taste kayangan tau. Kahkahkah. Nak jugekkk. 


SIAKAP KENGSOM 


Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap - dipotong ikut suka dan dibersihkan. 
2 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih*
2 biji cili hidup*
3-4 biji cili bangla*
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
1 inci belacan*
1 batang serai - diketuk
1/2 biji nanas - dipotong ikut suka
1 genggam bayam brazil
1 sudu kecil lime powder
Sedikit sos ikan
Garam, gula secukup rasa


Cara-cara:
1- Bahan * diblend halus. 
2- Masukkan bahan blend, serai dan sedikit air kedalam periuk. Masak seketika. 
3- Masukkan nanas dan ikan. Masak hingga mendidih. 
4- Masukkan sos ikan dan sesuaikan rasa dengan garam dan gula. Biarkan mereneh seketika. 
5- Masukkan bayam brazil, kacau seketika dan padamkan api bila bayam agak layu. 
6- Masukkan lime powder dan kacau lebih kurang. Biarkan sekejap. 
6- Padamkan api. Dah siap dan sedia untuk dihidang. 

p/s:
#1- Kalau time-time takde selera tu, kengsom ni boleh jadi penaik selera. Silap-silap bertambah dua,tiga pinggan yang kengkonon kata takde selera tadi tu. Hihihihi. 
#2- A good alternative to tomyam. 

Saturday, 20 March 2021

In My Definition of ... Kari Kepala Ikan Salmon

Assalamualaikum.

Rasa macam teringin pulak bila member cerita makan kari ikan salmon. Tak tau apa nak diexpect dengan salmon yang dikarikan. Yelah, salmon pun bukannya makan setiap hari, apatah lagi dikarikan pulak tu. 
 


Salmon ni sedap sebab dia berlemak. So, bila masak kari tu, sedapnya Ya Allah tak tau nak habaq. Serius guyssss sedap. Tapi macam biasa, kita karikan part kepala la. Tak sesuai pulak kepala nak grill kannn. Tak tau pulak kalau memang ada yang grill kepala salmon. 

Bila makan kari ni kan, tiba-tiba terimbau kenangan lama. Tiba-tiba kari ni rasa macam arwah mak punya. Bila masak dah mencapai level 'sama macam mak punya', mama rasa mama dah berjaya sangat dah tu. 

Mehlah korang sama-sama rasa kari arwah mak mama macam mana.


KARI KEPALA IKAN SALMON


Bahan-bahan:
1 bahagian kepala ikan salmon - dibersihkan
1 labu bawang besar - ditumbuk halus
1 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 sudu kecil halba campur
1/2 batang kulit kayu manis
2 tangkai daun kari
2 sudu besar rempah kari ikan pedas
1 biji tomato - dibelah empat
1 keping asam keping
Santan secukupnya
Garam secukup rasa

Cara-cara: 
1- Panaskan minyak dan tumis halba campur, kulit kayu manis dan daun kari hingga naik bau. 
2- Masukkan bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk dan tumis hingga garing.
3- Masukkan rempah kari, kacau sedikit dan masukkan sedikit air. 
4- Tumis hingga rempah masak dan pecah minyak. 
5- Masukkan air dan masak lagi hingga pecah minyak lagi. (Ulang 3-4 kali). 
6- Masukkan ikan, asam keping dan tomato. 
7- Masukkan santan dan masak hingga mendidih dan pecah minyak. 
8- Perasakn dengan garam secukupnya. 
9- Siap dan sedia untuk dihidang. 

p/s:
#1- Mama campurkan sikit minyak kelapa dengan minyak masak biasa masa nak menumis. Bau yang naik tu buat rasa rindu kampung. 
#2- Ikan tu jangan dikacau sangat-sangat. Tinggal tulang je karang sebab isi semua dah berderai. 
#3- Boleh masukkan apa-apa tumbuhan kesukaan. (Kalau nak masuk bendi, kena masukkan last sekali sebelum padamkan api ). Tomato tu je yang available dalam peti mama all the time. Hihihi. 
#4 - Kepala salmon boleh ganti dengan apa jua jenis jenis anggota haiwan lain. Tapi mesti haiwan sealam laaaaa. Kalau lembu/kambing/ayam lain sikit bahannya. 

 





Saturday, 17 October 2020

In My Definition of ... BBQ Chicken Wing Air -fryer

 Assalamualaikum.


I was never a fan of any BBQ-y food, tak kisahlah apa haiwan sekali pun. One day tu, entah macam mana teringin pulak nak try satu resipi ni. Resipi memandai-mandai nama nya. Masa tu mama dah imagine dah, kalau mama buat macam ni, dia akan rasa gini-gini. Selalu makan BBQ chicken wing Pizza Hut je, harapkan itu jelah sebagai referencenya pun. 

                                    

Since then, terus jadi favorite anak-anak dan mak-bapaknya. Hahaha. Macam kakak semalam, dia mintak nak makan apa entah, and mama malas nak masak apa yang dia nak tu. Sebelum tu papa dah masak pun ayam ni, so mama nak pujuk kakak makan ayam ni, mama cakap ' ni ayam sama macam pizza hut' . Gittew. Bukan calang-calang punya confident. Hahaha. So, selamatlah semua ayam yang papa masak tu dihabiskan oleh kakak. 


BBQ Chicken Wing 


Bahan-bahan:

10 ketul chicken wing

3 ulas bawang putih*

1/2 inci halia*

1 sudu besar sos BBQ*

1 sudu besar sos tiram*

Sedikit madu*

Sedikit kicap pekat - optional (untuk color)*

Garam dan gula secukup rasa*


Cara-cara:

1- Ayam dibersihkan dan ditoskan. Ketepikan. 

2- Blend semua bahan hingga hlus. 

3- Perapkan bahan blend dengan ayam selama yang boleh. 

4- Bakar dengan menggunakan air-fryer pada suhu 170C, selama 20 minit. 

5- Siap untuk di-enjoys!


p/s:

#1- Kalau takde kicap pekat, kicap biasa tu pun boleh la labu. Nak bagi hitam je pun. Barulah manis mata memandang. Kahkahkah. 

#2- Kalau takde air-fryer sila beli. Hihihi. Serius keje korang jadi lagi mudah, hasil masakan pun meletop-toptop. 








Friday, 16 October 2020

In My Definition of ... Ayam Bakar Ala La La

 Assalamualaikum.


Amboiii. Ingatkan PKP orang je kena kuarantin, blog pun sama naik. Hahaha. Melampau sungguh. Entah apa mama buat sampai tak menyempat nak update blog. Bukan nak update apa sangat, up resipi je pun. 


Hari ni mama telah berjaya memaksa diri mama untuk up resipi ayam ni kat sini sebelum mama lupa. Apa nak buat, memory space dah almost full uolss. Untuk store memory baru, memory lama dia macam auto-delete gitu. Hahahaha. 




Untuk orang yang malas-malas rajin macam mama ni, benda-benda sedap macam ni kena buat banyak-banyak. Mama ni masak je malas, makan sentiasa rajin. Aje gila, makan kot. Hahaha. Bila datang time rajin, memang kena stok perap-perap ni banyak-banyak sesiap. Sebab time mama malas, orang lain dalam rumah ni masih boleh makan. Sekarang ni kan macam-macam gadjet dapur ada uolsss. 


Anak-anak tengah tunggu turn nak kena beku. 


Ayam ni tak tau nak letak nama apa, ada yang claim kata macam Domino's la, Kenny Roger's la. Ah, lantaklah. Ada apa pada nama ye dak, yang penting resipi ni is a must try. Percayalah!


AYAM BAKAR ALA LA LA 

Bahan-bahan:

2 ketul whole leg - size gabak
5 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 sudu besar rempah kari daging*
1 sudu besar cili blend*
1 sudu besar sos tomato*
1 sudu besar sos tiram*
1 sudu besar blackpepper corns*
1 sudu besar madu*
1 sudu teh jem nanas - optional*
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak sapi / vanaspathi 

Cara-cara:
1- Ayam dibersihkan dan ditos. Ketepikan. 
2- Blend kasar semua bahan bertanda *. Boleh tumbuk kalau rajin. 
3- Panaskan minyak sapi dan masukkan bahan blend. 
4- Masak hingga mendidih. 
5- Perapkan selama yang boleh. 
6- Bakar dengan menggunakan air-fryer pada suhu 160C selama 30 minit. 
7- Siap and ready to enjoyssss!

credit to resipi asal. 

p/s:
#1- Sebelum makan, baca doa. Tu je nak pesan. Hahaha.




Tuesday, 28 April 2020

In My Definition of .. Bingka Labu Air-fryer

Assalamualaikum.

Semalam buat sayur lemak labu, balance ada separuh biji lagi labu tu. Nak disimpan-simpan, rasanya akan ke tong sampah jua. Tak baik membazir,kan. Lepas puas memikir, akhirnya dapatlah idea untuk membingkakan aje si labu tu.


Resipi pun sempat tengok sekali imbas je,entah betul ke tidak. Tapi kalau negokkan hasilnya nih, macam lebih dari betul. Pergh, first time kot. Bangga dengan diri sendiri. Hehehe


BINGKA LABU

Bahan-bahan:
2 cawan labu
2 cawan tepung gandum
2 cawan susu cair
2 biji telur
3/4 cawan gula pasir
2 sb gula perang
2 sudu besar santan serbuk
secubit garam

Cara-cara:
1- Gaul labu dengan sedikit minyak and grill for about 5 minutes at 180C
2- Blend semua bahan hingga halus dan sebati. 
3- Minyakkan acuan dan tuang adunan ke dalam acuan. 
4- Bakar selama 10 minits, dengan suhu 165C.
5- Sambung lagi bakar for 3 minutes at 180C.
6- Siap dan sedia untuk dihidang. 

p/s
#1- Susu cair tu boleh ganti dengan santan. 
#2- Ikut lidah mama, rasa macam manis sikit. Cuma gula putih tu boleh kurangkan tak payah ngam-ngam 3/4 pun ok kot. 




Thursday, 23 April 2020

In My definition of ... Roti Jala

Assalamualaikum.

Mama ni walaupun selalu sangat membesarkan malas, tapi dalam malas-malas tu ada jugak rajinnya. Rajinlah sebab nak kena report kat socmed kot masak apa hari niiiii? . Barulah orang tau kita pun pandai masak. Hahaha. Nak membongak punya pasal, malas ku tolak ke tepi, tuah!

Sebab dah masak rendang, so mama fikir boleh buat something yang simple untuk dikawankan dengan rendang tu. Paling senang apa lagi, roti jala lah. Tapi kalau orang tak biasa, susah jugak jadinya sebab nak menjala tu. 



Resipi macam biasa, tersenang and terout of this world sekali. Kau gila ke, takkan mama nak kata resipi mama biasa-biasa. Adoi. 


ROTI JALA

Bahan-bahan:
1 cawan tepung
1 biji telur
1 sudu teh minyak masak
Sedikit kunyit / pewarna kuning
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara-cara:
1- Blend semua bahan hingga halus dan sebati. 
2- Tapiskan adunan untuk buang lumps yang ada. 
3- Masukkan ke dalam acuan/botol roti jala. 
4- Panaskan kuali dan brush sedikit minyak. 
5- Tuangkan adunan . Kirailah ikut suka macam mana pun.
6- Angkat dan gulung.
7- Ulang hingga semua adunan habis dimasak.

p/s:
#1 - Penting untuk buang lumps tu supaya lubang pada penutup botol / acuan tak tersumbat dan menjejeaskan bentuk jala-jala ayam korang.
#2- Mama guna non-stick pan. Kalau pakai pan mak-mak biasa, tak berani mama nak komen. Korang kena try sendiri.
#3- Control oil potion. Kita bukan nak deep-fried kan dia. Sapu lebih kurang supaya dia tak lekat je, for easy handling.
#4- Nak presentation cantik, gulung la. Kalau tak kesah, ko buatlah bentuk macam aman pun. 






Wednesday, 22 April 2020

In My Definition of ... Rendang Ayam

Assalamualaikum.

Malam sebelum tidur, Along dah request nak makan rendang ayam untuk lunch esok. Mama kan tengah marathon puasa ganti, so malas tu Ya Allah, tak tau nak hababbbbbbbbbiaq. Hampir-hampir jugak mama mentukar lauk yang dia request ni dengan benda lain. Hehehe.

Lepas tempoh bertenang, mama terfikir, why not try buat rendang this style, dengan satu resipi yang dok berlegar-legar dalam kepala. Maka terhasillah, .... 




Resipi yang mama guna kali ni adalah resipi lain daripada yang mama biasa guna. Resipi yang biasa guna tu adalah adaptation dari MIL punya style. Somehow, ada something yang buatkan dia rasa macam missing. At least, on my taste bud la. Orang lain mungkin makan elok je. 


So, this resipi is recommended untuk korang. Mama suka masak jenis macam ni sebab tak perlu nak jaga api, kena kacau sejuta kali bagai. Nak tinggal pun boleh. Datang jenguk kejap-kejap pun dah ok. Bertambah-tambah anak-anak mama yang besar makan. 

RENDANG AYAM 

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - dicincang dan dibersihkan
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar bawang paste
1 sudu kecil jintan putih - dikisar
1 sudu kecil ketumbar - dikisar
1 batang serai - dikisar
1/2 inci lengkuas - dikisar
2 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit - dimayang 
Sedikit kerisik
Santan secukupnya
Garam, gula secukup rasa

Cara-cara:
1- Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar hingga naik bau dan sedikit garing. 
2- Masukkan ayam dan tambahkan sedikit air. Biarkan mendidih seketika
3- Masukkan semua bahan lain, kecuali daun kunyit dan garam. 
4- Kacau sekali -sekala supaya tidak hangit kat dasar periuk. 
5- Biarkan mereneh hingga sedikit kering. 
6- Perasakan dengan garam dan masukkan daun kunyit yang sudah diracik. 
7- Padamkan api dan siap untuk dihidang.

p/s:
#1- Kalau suka spicy or extra spicy, boleh ketuk cili bangla barang sebiji dua and campakkan ke dalam periuk.
#2- Mama tak buat kering sangat, sebab anak-anak suka korek kuah. 
#3- Haiwan boleh tukar ikut kesukaan masing-masing. 
#4- Cili tu mama dah siap-siap blend dengan bawang merah and bawang putih.
#5- Bawang paste tu pun mama dah siap-siap blend bawang merah + bawang putih + halia